
Sebelum merakam audio dalam GarageBand pada Mac
Anda boleh merakam suara anda, instrumen akustik atau sebarang bunyi lain menggunakan mikrofon terbina dalam komputer anda atau mikrofon yang disambungkan ke komputer anda. Anda merakam bunyi dari mikrofon ke trek audio.
Sebelum anda mula merakam audio, lakukan perkara berikut:
Sambungkan mikrofon, gitar elektrik, atau instrumen lain ke komputer anda dan pastikan gitar dihidupkan dan berfungsi.
Pilih trek audio yang anda mahu rakamkan, atau tambah trek audio. Pastikan untuk mengesetkan sumber input, paras kelantangan input dan pemantauan untuk trek.
Setkan kedalaman bit rakaman, iaitu bilangan bit digital dalam setiap sampel. Lebih tinggi kedalaman bit, lebih besar julat dinamik data audio.
Tala sebarang instrumen yang anda sedang merakam untuk memastikan yang rakaman audio anda setala dengan sebarang instrumen perisian, sampel dan rakaman sedia ada dalam projek anda.
Setkan sumber input untuk trek
Dalam GarageBand pada Mac, pilih trek yang anda mahu gunakan, kemudian klik butang Smart Controls
dalam bar kawalan.
Dalam kawasan Seting Rakaman, klik butang Input untuk bertukar antara pasangan saluran input stereo dan saluran input mono, kemudian pilih sumber dari menu timbul Input.
Laraskan paras kelantangan input untuk sumber bunyi
Dalam GarageBand pada Mac, pilih trek yang anda mahu gunakan, kemudian klik butang Smart Controls
dalam bar kawalan.
Dalam kawasan Seting Rakaman, laraskan gelangsar Paras Rakaman.
Nota: Jika gelangsar Paras Rakaman dimalapkan, anda tidak boleh menukar kelantangan input dalam GarageBand. Sebaliknya, laraskan kawalan kelantangan pada peranti bersambung.
Anda juga boleh memilih kotak semak Kawalan Paras Automatik untuk membolehkan paras rakaman dilaraskan secara automatik. Ia menurunkan paras untuk menghalang suap balik dan menaikkan paras jika terlalu rendah.
Dengar mikrofon atau instrumen anda semasa anda bermain dan merakam (pemantauan)
Dalam GarageBand pada Mac, pilih trek yang anda mahu gunakan.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Klik butang Pemantauan
dalam pengepala trek.
Klik butang Smart Controls
dalam bar kawalan, kemudian klik butang Pemantauan
dalam kawasan Seting Rakaman.
Petua: Anda boleh mengaktifkan butang Pemantauan pada trek yang tidak dipilih untuk mendengar isyarat inputnya pada bila-bila masa anda memilih trek.