
Nyahaktifkan Masa Skrin pada Mac anda
Jika anda tidak mahu menggunakan Masa Skrin pada Mac anda lagi, anda boleh menyahaktifkannya. Anda boleh nyahaktifkan Masa Skrin untuk anda, atau untuk anak yang anda uruskan.

Nyahaktifkan Masa Skrin untuk diri anda
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Seting Sistem, kemudian klik Masa Skrindalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Jika anda menggunakan Perkongsian Keluarga, klik menu timbul di sebelah kanan, kemudian pilih diri anda.
Nyahaktifkan Masa Skrin.
Nyahaktifkan Masa Skrin untuk anak
Pada Mac anda, lakukan satu daripada berikut:
Jika anda menggunakan Perkongsian Keluarga: Log masuk ke akaun pengguna Mac anda, kemudian pastikan anda mendaftar masuk dengan Apple ID anda.
Jika anda tidak menggunakan Perkongsian Keluarga: Log masuk ke akaun pengguna Mac anak.
Pilih menu Apple
> Seting Sistem, kemudian klik Masa Skrindalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Jika anda menggunakan Perkongsian Keluarga, klik menu timbul di sebelah kanan, kemudian pilih anak.
Nyahaktifkan Masa Skrin.