
Mengesan tarikh, kenalan dan banyak lagi dalam dokumen pada Mac
Banyak app mengesan data (seperti tarikh, lokasi atau nombor telefon) yang boleh digunakan dalam app lain, seperti Kalendar atau Kenalan; sesetengah app mungkin juga mencadangkan peristiwa atau kenalan baharu berdasarkan pada data. Untuk sesetengah app, anda boleh aktifkan atau nyahaktifkan pengesanan data.
Dalam app pada Mac anda, buka dokumen, kemudian pilih Edit > Penggantian > Pautan Pintar (tanda semak menunjukkannya aktif).
Gerakkan penuding merentas nombor telefon, alamat e-mel, alamat jalan, tarikh atau masa di mana-mana kawasan dalam teks.
Klik anak panah dalam kotak yang menggariskan data untuk mendapatkan lebih banyak maklumat tentangnya (sebagai contoh, menunjukkan alamat pada peta). Control-klik anak panah untuk lebih banyak pilihan.