Aktifkan atau tukar penyelamat skrin pada Apple TV
Pada bila-bila masa Apple TV melahu, anda boleh melihat video udara yang menakjubkan, melihat orang, tempat, haiwan peliharaan dan memori kegemaran anda, atau menonton Snoopy dan Woodstock.
Anda boleh mengesetkan pilihan penyelamat skrin semasa dalam Seting atau bertukar antara penyelamat skrin pada bila-bila masa penyelamat skrin aktif.
Tukar penyelamat skrin semasa apabila ia tidak aktif
Pergi ke Seting
pada Apple TV.
Pergi ke Penyelamat Skrin > Pilihan Semasa, kemudian pilih daripada yang berikut:
Udara: Video lokasi mengagumkan yang ditangkap dari seluruh dunia, dari bawah air, malahan dari angkasa. Lihat Sediakan penyelamat skrin Udara.
Memori & Tayangan Slaid: Lihat memori dan tayangan slaid daripada Pustaka Foto iCloud anda. Lihat Cipta penyelamat skrin dengan foto anda.
Potret (Apple TV 4K generasi ke-2 atau lebih baharu): Lihat jam menampilkan fotografi terbaik anda. Lihat Cipta penyelamat skrin Potret.
Snoopy (Apple TV 4K generasi ke-2 atau lebih baharu): Tonton Snoopy dan Woodstock bermain-main merentas skrin anda.
Aktifkan dan kawal penyelamat skrin anda
Anda boleh mengaktifkan penyelamat skrin secara manual. Semasa penyelamat skrin anda aktif, terdapat beberapa cara anda boleh menukar perkara yang anda lihat.
Lakukan salah satu yang berikut:
Pada Skrin Utama Apple TV: Navigasi ke ikon app paling kiri di baris atas, kemudian tekan
atau
.
Dalam app: Tekan
atau
berulang-ulang sehingga penyelamat skrin diaktifkan.
Semasa penyelamat skrin anda aktif, lakukan mana-mana daripada berikut:
Bertukar ke kategori penyelamat skrin lain (Apple TV 4K generasi ke-2 atau lebih baharu): Leret ke atas atau tekan atas pada pad klik atau permukaan sentuh, kemudian pilih kategori yang anda mahu bertukar.
Lihat maklumat lebih lanjut tentang perkara yang anda lihat: Ketik pad klik atau permukaan sentuh untuk melihat lebih banyak maklumat, seperti nama lokasi Udara atau Memori yang anda sedang lihat.
Langkau ke visual seterusnya: Leret ke kanan pada pad klik atau permukaan sentuh, atau tekan kanan pada gelung pad klik (kawalan jauh perak sahaja).
Tekan butang tengah pad klik atau permukaan sentuh untuk menyahaktifkan penyelamat skrin.
Untuk melaraskan tempoh Apple TV melahu sebelum penyelamat skrin diaktifkan secara automatik, lihat Laraskan seting penyelamat skrin pada Apple TV.